Baca, Renung & Terus Amal…1) Apabila saudara mendengar azan, bangunlah solat serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2) Bacalah Al-Quran @ tatapilah buku-buku @ pergilah mendengar perkara2 yang baik @ amalkan zikrullah & janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun kerana perkara-perkara yang tidak berfaedah.
3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab ysang betul, kerana Bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4) Jaganlah bertengkar dalam apa jua perkara sekalipun, kerana pentengkaran yang kosong itu tidak memberi apa-apa kebaikan.
5) Jangan banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah swt itu selalunya tenang & tenteram.
6) Janganlah bergurau, kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersunguh_sungguh dalam segala perkara.
7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada yang dikehendaki oleh para pendengar, kerana yang demikian itu adalah suatu … yang sia-sia, malah menyakiti hati orang lain.
8) Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan2, & janganlah bercakap melainkan dengan apa yang boleh memberikan kebajikan.
9) Berkenal-kenalanlah dengan setiap saudara muslim yang saudara ketemui, sekalipun ia tidak meminta untuk berkenalan, kerana asas seruan pergerakan kita ialah berkasih sayang & berkenal-kenalan.
10) Kewajipan-kewajipan kita adalah lebih banyak daripada masa yang ada, oleh itu bantulah saudaramu bagaimana cara saudara mengurus tugas sendiri, maka ringankanlah perlaksanaannya.
- As-Syahid Al-Banna
InsyaAllah...
ReplyDeleteSalam ziarah dan ukhwah..=)
ReplyDeletesyukran..pesanan2 yang sgt bermanfaat..
salam ziarah disini :)..nice entry :)...
ReplyDelete